BannerFans.com

monetize to earn yours

My Traffic Value




IKLAN PENAJA



JANGAN LUPA FOLLOW SAYA

phytochat.chatango.com PRODUK STEMCELL

Monday, March 29, 2010

Reset Error E27 Printer Canon MP160

Canon MP160

Canon MP160 adalah printer jenama Canon "semua dalam satu" (All In One Printer) atau multifunction printer. Sebagaimana yang pernah saya terangkan berkenaan dengan masalah counter waste ink yang penuh di sini.

Model MP160 juga mempunyai kiraan sistem kumbahan yang apabila tiba masanya ia akan mengeluarkan isyarat E27 dan semua aktiviti mencetak akan terhenti dan sebarang arahan cetakan daripada komputer tidak berlaku. Isyarat E27 ini dipaparkan di skrin panel secara berkala bermula daripada "E" kemudian "2" dan kemudiannya "7". Komputer akan memaparkan pesanan printer bermasalah seperti Waste Counter Full. Jika anda mengalami masalah ini, sila lakukan cara dibawah ini.

Anda dikehendaki melakukannya dengan kerjasama dua tangan kerana ia melibatkan kombinasi serentak butang panel. Awas: Kekadang butang panel ON/OFF printer model ini mudah lekat atau tersangkut kerana rekaannya yang tak berkualiti.

1.Tekan butang ON/OFF untuk mematikan kuasa printer dan jangan mencabut kabel kuasanya. Kemudian sebelum menekan butang ON/OFF kembali, sila tekan butang Stop/Reset terlebih dahulu tanpa dilepaskan dan kemudian teruskan dengan menekan butang ON/OFF juga jangan dilepaskan.

2.Kemudian teruskan dengan melepaskan tekan pada butang Stop/Reset tanpa melepaskan tekan pada butang ON/OFF. Perhatikan pada butang ON/OFF (ingat jangan lepaskan butang ini), ketika ini butang ON/OFF akan hidup lampu hijaunya.

3. Seterusnya tekan kembali butang Stop/Reset sebanyak 2 kali (perhatikan ketika operasi ini lampu Alarm akan menyala warna oren mengikut jumlah tekanan iaitu sebanyak 2 kali).Kemudian lepaskan tekan pada butang ON/OFF. Ketika ini screen nombor akan menunjukkan nilai "0".

4.Seterusnya tekan butang Stop/Reset sebanyak 4 kali (perhatikan ketika operasi ini lampu Alarm juga akan menyala warna oren mengikut jumlah tekanan iaitu sebanyak 4 kali).

5. Seterusnya anda berada dilangkah yang terakhir iaitu tekan butang ON/OFF selama 3 saat sekali untuk mematikan kuasa printer. Kemudian hidupkan kuasa printer kembali dengan tekan butang ON/OFF kembali.

6. Anda telah berjaya menghapuskan kiraan sistem kumbahan ink dan Error E27 akan lenyap.
Prosedur yang sama juga boleh dilakukan kepada model MP145/110.


*Ingat prosedur di atas hanya untuk menghapuskan kiraan sistem kumbahan sedangkan penyerap kumbahan anda perlu menukarkannya dengan yang baru kerana ditakuti lama kelamaannya tangki kumbahan ink akan melimpah keluar. Bagaimanapun anda boleh memulakan kerja mencetak buat seketika selama beberapa bulan antara 2-3 bulan sebelum menukar penyerap kumbahan dengan yang baru.

No comments: