Apakah yang menyebabkan unit pemprosesan pusat (CPU) menjadi panas yang melampau?
Ini perlu melihat keadaan CPU itu sendiri. Bagaimana pun terdapat beberapa sebab yang boleh kita nyatakan di sini iaitu:-
* Kipas CPU yang berfungsi tidak sempurna.
-ini berkemungkinan terdapat kekotoran pada kipas atau didalam komputer\laptop anda yang akan menyebabkan pengudaraan yang kurang baik berlaku
-kipas yang kotor akan melemahkan sistem pengudaraan komputer\laptop anda
* Keadaan heat sink yang tidak baik.
-keadaan heat sink yang begini akan menyebabkan pengaliran haba dari processor komputer\laptop anda tidak sempurna
-ini biasa terjadi bila heat sink pada processor anda longgar
* Sistem pengudaraan dalam casing yang tidak baik.
-terlalu lama anda tidak servis komputer\lappy anda akan menyebab kan kekotoran terkumpul didalam
-ini akan mewujudkan suasana yang kurang sempurna pada komputer\laptop anda dan cepat panas
* Melakukan teknik overclocking (memaksimumkan kelajuan CPU) terhadap CPU sedia ada.
-melakukan overclocking akan menyebabkan processor anda bekerja keras dan sekirannya pengudaraan komputer\laptop anda kurang sempurna akan menyebabkan komputer anda menjadi cepat panas
* CPU tersebut bermasalah atau rosak
-processor yang rosak juga boleh menyebab kan kepanasan yang tinggi
JADINYA!!!
*** selalu service pc anda ***
No comments:
Post a Comment