Buat beberapa ujian ringkas :
- Tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete secara serentak untuk membuka Task Manager. Paparan berikut akan muncul (Task manager has been disabled by your administrator). Sahih komputer/laptop anda telah terkena virus.
- Buka My Computer > Tool > Pastikan ada Folder Options.
- Klik Start > Run > taipkan msconfig dan tekan Enter. Kalau msconfig tidak muncul, bermakna virus sudah menyekatnya.
- Klik Start > Run > taipkan regedit dan tekan Enter. Kalau dialog Registry Editor tidak muncul, ertinya komputer/laptop anda telah diserang dengan virus berkenaan.
Kesan – kesan virus ini terhadap komputer anda :
Akses ke Task Manager tidak dibenarkan.
Registry Editor tidak dapat dibuka.
Melaksanakan arahan startup sewaktu sistem bermula.
Mencipta fail baru dengan sambungan .exe dalam fail-fail lain.
Folder Options hilang dari menu Tools.
Menggunakan 50% atau lebih sumber prosessor.
Anda akan dapat melihat terdapat folder yang mempunyai sambungan .exe dalam folder-folder lain selepas kotak Hide extensions for known files types dalam Folder Options dikosongkan.
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
@
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run
Yahoo Messenger
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Shell
Penyelesaian :
- Muat turun New Folder.exe Removal Tool.
- Jalankan aplikasi tersebut.
- Klik Remove Virus From Hard Disk.
- Klik Restore Windows Default Settings.
- Pilih pada kotak yang berkenaan, Apply dan Ok.
Setting asal anda akan kembali dan semua kesan jangkitan akan terhapus.
P/s : Untuk mengelakkan serangan virus ke atas PC anda ketika mencucuk pen drive, sila klik pada Disable AutoPlay on All Drives. Selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment